fbpx

Rangkaian telekomunikasi, internet Seberang Perak kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gangguan rangkaian komunikasi dan internet sekitar kawasan Seberang Perak, Perak Tengah kembali pulih selepas penyedia perkhidmatan menempatkan Base Transceiver Station (BTS) di kawasan terbabit.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, kerja-kerja menempatkan struktur sementara di menara komunikasi milik Telekom Malaysia (TM) yang dikongsi bersama dengan Celcom di kawasan terbabit telah dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

Menurut MCMC, sebelum ini struktur menara di kawasan itu tumbang akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 13 Jun lalu.

“Justeru, pengguna setempat yang terkesan akibat gangguan disebabkan kejadian tersebut kini dapat menikmati kembali rangkaian komunikasi dan liputan Internet setelah penyedia perkhidmatan menempatkan BTS di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, pihak MCMC ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyedia perkhidmatan yang komited dalam melaksanakan perkara ini bagi memastikan ia berjaya disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan demi kepentingan semua pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI