fbpx

Dasar Agromakanan Negara 2.0 sedang dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald semasa di Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) kali ke-42.

PUTRAJAYA – Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) 2021-2030 sedang dimuktamadkan dengan fokus utama untuk memastikan sistem rantaian makanan negara dapat mendepani cabaran sekuriti makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, adalah menjadi agenda utama kerajaan dalam memberi jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara bagi memastikan bekalan makanan bukan sahaja mencukupi tetapi juga mampu dimiliki, selamat dan berkualiti.

Beliau berkata, modenisasi sektor agromakanan juga akan turut dipacu melalui adaptasi mekanisasi dan teknologi dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, ia seiring dengan perkembangan teknologi baharu dalam era digitalisasi serta adaptasi kepada Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), peranan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diberi penekanan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).

“Usaha itu bagi meningkatkan produktiviti, sistem sokongan dan perkhidmatan, serta memperkasa rantaian nilai makanan yang secara langsung menyumbang kepada kelestarian sistem makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi Malaysia sewaktu Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) kali ke-42 yang telah diadakan di Rome, Itali secara maya pada 14 hingga 18 Jun lalu.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI