fbpx
ROSSI tidak ditawarkan kontrak baharu selepas pasukan SRT memutuskan sebulat suara untuk ‘berpisah’ dengan pelumba legenda Itali itu pada penghujung musim ini.

SRT tidak sambung kontrak Rossi musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Razlan sahkan pasukan Malaysia itu tidak sambung kontrak pelumba Itali tersebut

TEKA-TEKI mengenai nasib bekas jaguh dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi terjawab apabila prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan pihaknya tidak akan me­nyambung kontrak pelumba l­egenda Itali itu musim depan.

Pelumba berusia 42 tahun itu sebelum ini dilihat ‘main tarik tali’ mengenai percaturan kariernya pada saingan MotoGP musim depan selepas mendedahkan bakal membuat pertimbangan sejurus tempoh rehat saingan pada musim panas ini.

RAZLAN

Bagaimanapun, Razlan me­negaskan, pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama atau bersabar dengan keputusan Rossi kerana SRT mempunyai perancangan sekali gus pihaknya memutuskan sebulat suara untuk ‘berpisah’ dengan Rossi pada peng­hujung musim ini.

“Kami (SRT) enggan menunggu terlalu lama mengenai keputusan Rossi sama ada dia ingin meneruskan perlumbaan atau tidak pada musim depan.

“Menerusi perbincangan dengan pengurusan, kami sebulat suara bersetuju tidak ingin meneruskan kontrak bersama Rossi bagi perlumbaan 2022.

“Justeru, kami akan kembali fokus pada matlamat kami untuk mencari bakat-bakat pelumba muda terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Rossi yang juga juara dunia MotoGP sembilan kali dilihat gagal mempamerkan aksi me­yakinkan setakat ini dan hanya menduduki tangga ke-19 dalam carta kedudukan pelumba bersama pasukan SRT.

Rossi kini ketinggalan 100 mata berbanding pendahulu ke­seluruhan yang juga bekas pelumba SRT, Fabio Quartararo.

Rossi sebelum ini dilaporkan sedang giat membina sebuah pasukan dalam kelas perdana MotoGP musim depan dan cuba ‘memikat’ pengeluar jentera dari Jepun, Yamaha untuk menyokong mereka dalam saingan tersebut.