fbpx

Polis mungkin panggil Takiyuddin rakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar khas berkaitan pelaksanaan PKP 3.0 di pejabatnya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk dirakam keterangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia berikutan kenyataan Takiyuddin yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Polis akan siasat, sebab itu saya nak kamu (wartawan) bagi soalan terperinci pada saya, kadang-kadang kamu semua cakap tidak terperinci menyebabkan orang lain yang jadi masalah.

“Jadi bila ada maklumat lanjut, kita akan siasat apa yang sebenarnya dia cakap,” katanya pada sidang akhbar khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di pejabatnya hari ini.

Bagaimanapun Hamzah menjelaskan, pihak berkuasa akan memastikan dahulu kandungan ucapan Takiyuddin sebelum tindakan boleh diambil terhadap beliau.

“Sesiapa sahaja yang ada laporan polis terhadapnya kita akan buat siasatan, kita tidak ada darjat mengenai bab itu,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd. Ithnin mendakwa kenyataan Takiyuddin terhadap titah Yang di-Pertuan Agong adalah tindakan derhaka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI