fbpx

Pendapatan lumayan gali kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. MUZZAMIL mengendalikan jengkaut ketika mengorek kubur mangsa Covid-19 di kawasan tanah perkuburan Islam di Kota Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Dua sahabat yang diberhentikan kerja di sebuah kilang di sini berikutan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu kini mencari rezeki sebagai penggali kubur untuk menyara keluarga.

Mohd. Muzzamil Yaakob, 21, dari Taman Lelasari dan rakannya, Fazli Othman, 26, dari Mergong di sini sebelum ini bekerja di kilang memproses makanan mula menjadi penggali kubur pada Oktober tahun lalu.

Menurut Mohd. Muzzamil, dia dan Fazli mendapat tawaran menggali kubur daripada Kementerian Kesihatan (KKM) apabila jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia meningkat di daerah ini ketika itu.

Katanya, mereka bersepakat untuk menyahut cabaran tersebut walaupun terpaksa menanggung risiko kerana melibatkan kematian pesakit Covid-19.

“Hampir setiap hari pasti ada kes kematian melibatkan pesakit Covid-19, malah saya terpaksa bekerja dari pagi hingga malam jika ada banyak kes kematian.

“Kebanyakannya kami menggali kubur di tanah perkuburan di sekitar daerah Kota Setar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Fazli pula memberitahu, mereka mendapat upah menggali sebuah kubur dan menimbuskan jenazah dengan harga RM350.

Katanya, dia dan Mohd. Muzzamil telah menggali lebih 50 kubur untuk pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sejak Oktober tahun lalu.

“Kami terpaksa menggunakan jengkaut untuk mempercepatkan kerja menggali kubur de­ngan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.

“Sebelum itu, kami juga terpaksa memakai pakaian perlin­dungan diri (PPE) bagi mengikut SOP dalam pengurusan pengebumian mangsa Covid-19.

“Bekerja dengan memakai PPE sangat panas, kadangkala rasa penat dan pening,” katanya.

Beliau menjelaskan, tetap bersyukur dengan apa jua pekerjaan selagi ia halal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI