fbpx

Kilang baja haram dapat kelulusan operasi jadi pencemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang baja kompos haram yang menjadi penyebab pencemaran air di Hulu Selangor.

SHAH ALAM – Pencemaran air di Hulu Selangor dekat sini dipercayai sejak awal Jun ini terbongkar apabila dilakukan sebuah kilang haram pembuatan baja organik kompos, semalam.

Lebih mengejutkan dalam serbuan pukul 10 pagi turut mendapati kilang itu mendapat kelulusan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kelulusan itu diberikan dipercayai dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) atas faktor perkhidmatan perlu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, penemuan kilang itu hasil operasi selama tiga jam susulan aduan daripada orang ramai terhadap pencemaran air di Hulu Selangor.

Katanya, semakan mendapati kilang tersebut tidak mempunyai lesen Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dipercayai telah beroperasi lebih dua minggu lalu.

“Keadaan kilang yang tidak terurus dan terdedah menyebabkan air hujan bercampur dengan sisa-sisa pokok dan bahan organik menghasilkan air hitam yang busuk.

“Air hitam tersebut seterusnya mengalir keluar ke longkang premis sehingga menyebabkan pencemaran air dan bau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Turut serta dalam operasi itu adalah MDHS, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor, Lembaga Urus Air Selangor dan Polis Diraja Malaysia.

Nor Aziah berkata, operasi kilang turut dijalankan tanpa sebarang kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada JAS.

“Sehubungan itu, Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas peralatan proses telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI