fbpx

KDN keluarkan 201 kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan 201 kompaun terhadap kilang atau premis perniagaan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kompaun tersebut hasil pemeriksaan ke atas 48,770 kilang dan premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa dari tempoh 14 hingga 17 Jun lalu.

Hamzah bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar khas berkaitan pelaksanaan PKP 3.0 di pejabatnya hari ini. Foto FAIZ ALIF

Beliau berkata, pada masa sama, sebanyak 21 tangkapan dibuat atas kesalahan melanggar SOP manakala 63 kilang dan premis perniagaan telah diarahkan untuk ditutup.

“Jadi secara keseluruhannya sebanyak 285 kes termasuklah tangkapan, kompaun dan arahan kilang ditutup sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam sidang akhbar khas berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Putrajaya, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI