fbpx

Pukul isteri kerana anak menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BEAUFORT – Ekoran terganggu dengan tangisan anak, seorang lelaki tergamak memukul isteri serta bayinya yang berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, suspek yang berusia 27 tahun turut bertindak mengugut mahu membunuh dan menggantung isterinya.

Berikutan kejadian itu, isteri suspek yang berusia 23 tahun membuat laporan di Balai Polis Membakut pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran berpunca daripada anak pasangan itu yang menangis menyebabkan suspek berang kerana tidurnya terganggu.

“Suspek dipercayai memukul anaknya lalu mangsa menegur menyebabkan pasangan tersebut bertengkar.

“Suspek kemudian mengamuk dan menampar isterinya sebelum mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff Zaki

Menurut  Yusoff Zaki, mangsa yang mengalami kesakitan di pipi dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan.

usaha kini giat memburu suspek kerana lelaki itu bertindak keluar rumah selepas kejadian tersebut.\

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI