fbpx

Penjara Kelantan mohon program vaksin berasingan untuk banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat (kanan) mengiringi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Penjara Kelantan memohon Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) untuk menjalankan program suntikan vaksin Covid-19 berasingan kepada lebih 5,000 orang banduan yang berada di lapan tempat tahanan termasuk individu yang dikenakan parol.

Pengarahnya, Mat Yaacob berkata, kaedah itu dilakukan bagi mengelakkan berlaku kesesakan di dalam penjara sehingga mereka tidak mampu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, bagi mengelak berlakunya jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan, beliau berharap semua banduan mendapat suntikan vaksin dengan lebih cepat.

Menurutnya, pihak penjara bimbang akan wujud lagi kluster baharu di penjara seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kita berharap suntikan vaksin kepada banduan akan dipercepatkan kerana bimbang dengan kemasukan banduan baharu ke penjara.

“Banduan yang dimasukkan ke penjara, sudah menjalani kuarantin sebelum diasingkan pula di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di dalam penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Outreach Vaksinasi Kakitangan Penjara Dan Keluarga Jajahan Kota Bharu di Dewan Tan Sri Murad, Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam program itu, hampir 2,000 kakitangan menerima suntikan vaksin termasuk ahli keluarga dalam masa lima hari bermula semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI