fbpx

Nama rasmi PM Mahiadin Md. Yasin diarah digunakan dalam dokumen rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Satu Memo Perhubungan Pejabat Perdana Menteri mengarahkan penggunaan nama ‘Mahiaddin Md. Yasin’ atau ‘Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md. Yasin’ bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

Memo bertarikh 3 Jun 2021 itu berkata, ia susulan pandangan Jabatan Peguam Negara yang menyarankan semua dokumen rasmi yang memerlukan penggunaan atau tandatangan nama Perdana Menteri menggunakan nama rasmi beliau.

Memo yang ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad itu dipercayai dikeluarkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 April lalu membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Perdana Menteri yang menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri kerana tidak menggunakan nama dalam kad pengenalan (MyKad) iaitu Mahiaddin Md Yasin.

Memo tersebut menyarankan semua dokumen rasmi yang memerlukan penggunaan atau tandatangan nama Perdana Menteri menggunakan nama rasmi beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Norsharidah Awang memutuskan bahawa di bawah Akta Fungsi Menteri 1969, Perdana Menteri mesti menggunakan nama Mahiaddin Md. Yasin yang diwartakan seperti yang dinyatakan dalam MyKad miliknya.

“Perdana Menteri akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media,” katanya.

Difahamkan juga, memo tersebut hanya untuk edaran dalam Pejabat Perdana Menteri dan bukan arahan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI