fbpx

FAM digesa batal program naturalisasi sebab tiada manfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAKIN ramai pemain bola sepak Malaysia bukan sahaja pintar di atas padang, namun turut bijak pandai dalam akademik bahkan memiliki sijil pendidikan tertinggi.

KUMPULAN penyokong setia Harimau Malaya, Ultras Malaya menyeru agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memba­talkan serta-merta program natu­ralisasi yang tidak memberikan manfaat buat skuad kebangsaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook rasmi UM’07, ‘pemain ke-12’ skuad negara itu menuntut hanya pemain yang memiliki darah Malaysia sahaja mewakili skuad Harimau Malaya pada masa depan.

“Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia wajib diwakili oleh pemain-pemain yang mempunyai darah Malaysia sahaja, bermaksud pemain yang darahnya tumpah di tanah Malaysia dan juga yang mempunyai hubung kait darah daripada keturunan Malaysia (ibu, bapa, nenek, datuk dan lain-lain).

“Segala bentuk polisi atau program yang sedang dijalankan untuk membawa masuk pemain bukan berdarah Malaysia ke dalam skuad kebangsaan adalah tidak perlu kerana ia tidak memberikan manfaat kepada bola sepak Malaysia dari segi apa pun,” kata Ultras Malaya.

Sebagai rekod, skuad negara ketika ini telah memiliki tiga pemain bertaraf naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme de Paula (Brazil).

Namun, ketiga-tiga pemain itu dilihat gagal memberi impak yang diharapkan ketika mewakili negara pada kempen kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2022 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Ultras Malaya percaya FAM hanya mahu menutup kelemahan sistem pemba­ngunan di bawah kendalian badan induk itu dengan memperkenalkan program naturalisasi yang tidak memberikan sebarang faedah jangka panjang.

“Program naturalisasi dilihat sebagai satu usaha jalan pintas untuk menutup kelemahan sistem bola sepak Malaysia di peringkat pembangunan akar umbi dan kelemahan sistem dan operasi pasukan di Liga Malaysia yang tidak dapat melahirkan pemain yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, Asia mahupun dunia.

“Sebaliknya hanya berada di takuk peringkat ASEAN sahaja, itu pun terkial-kial. Kita mempunyai bakat hebat, namun bakat hebat tidak diasah dengan baik melalui sistem dan operasi pasukan yang cemerlang.

“Kami juga berpendapat, jika seseorang pemain bukan berdarah Malaysia memerlukan tempoh menunggu lima tahun bermain di liga tempatan, adalah lebih afdal jika tempoh lima tahun itu digunakan untuk mengasah, membangun dan memperkasakan bakat tempatan daripada kita menumpukan perhatian kepada pemain bukan berdarah Malaysia,” kata ‘Ekor’ Malaysia itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI