fbpx

Ubah suai bot persiaran angkut RM7.6 juta rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (depan) menunjukkan bahagian bot persiaran yang diubah suai untuk dijadikan tempat menyimpan rokok seludup dala sidang akhbar di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Mersing, Johor hari ini. Foto MASTURAH SURADI

MERSING – Polis berjaya mematahkan sindiket penyeludupan yang menjadikan bot persiaran pelancongan yang diubah suai untuk mengangkut 903 kotak rokok seludup bernilai RM7.6 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu hasil serbuan pada pukul 6.30 petang, Jumaat lalu di jeti kawasan Endau di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu juga, tiga lelaki diberkas termasuk pemilik bot berusia 27 hingga 51 tahun.

“Pada lebih kurang pukul 6.30 petang hingga 10 malam sepasukan polis daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah (2) Mersing, PPM Wilayah (2) Tampoi dengan dibantu Balai Polis Endau telah membuat serbuan dan berjaya menangkap tiga suspek.

“Dengan tertangkapnya suspek ini polis berjaya merampas dua buah lori, sebuah bot persiaran, 903 kotak rokok pelbagai jenama, satu unit GPS jenis Garmin GPSMAP 585, satu unit radar jenis Furono Fish Finder FCB-627 dan satu unit radar jenis lowrance HDS 7.

“Jumlah rampasan rokok bernilai RM7.6 juta manakala jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah RM9.3 juta,”katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Mersing, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI