fbpx

Telur pecah dibungkus semula ada risiko salmonella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telur pecah yang dibungkus semula untuk dijual kepada pelanggan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli telur yang telah pecah dan dijual di dalam plastik bagi mengelak penyakit berbahaya.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, telur yang telah pecah dan dijual itu berisiko mengandungi bakteria salmonella yang tinggi.

“Perlu faham, ini bukan telur yang elok dan dipecahkan sendiri oleh peniaga, tetapi ini ialah telur-telur yang pecah sendiri semasa dibawa dalam lori atau ketika memunggah telur.

“Ada peniaga yang tidak mahu buang, jadi mereka pecahkan dan masukkan ke dalam plastik untuk dijual kepada pelanggan,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kebiasaannya najis ayam masih melekat pada permukaan kulit telur dan itu menyebabkan telur tersebut mengandungi banyak bakteria salmonella.

“Salmonellosis adalah jangkitan bakteria salmonella pada sistem penghadaman manusia. Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang telah terkena jangkitan.

“Pengendalian yang tidak sempurna dari segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti Salmonellosis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI