fbpx

Sepanyol belum patah semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL enggan menjadikan masalah yang timbul sebagai alasan untuk gagal memberikan aksi terbaik sebaliknya mahu mengulangi kejayaan yang dilakar pada 2008 dan 2012. – AFP

SEVILLE – Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui skuad kendaliannya masih bersemangat untuk membuktikan sesuatu pada saingan Euro 2020 ketika mereka dijadual berdepan Sweden pada aksi pertama Euro 2020 awal pagi esok.

Persiapan Sepanyol untuk saingan kali ini agak kelam-kabut selepas dua pemain mereka, Sergio Busquet dan Diego Llorente disahkan positif Covid-19 sebelum ini.

Ia menyebabkan sesi latihan mereka terganggu kerana perlu menjalani proses kuarantin selain tidak dapat turun beraksi pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Lithuania dan terpaksa menghantar skuad Bawah 21 tahun.

“Apabila perkara tidak terduga seperti ini berlaku, sudah pasti ia memberikan kesan. Ia menye­babkan berlakunya ketidaktentuan dan menimbulkan ke­geli­sa­han.

“Bayangkan, anda adalah pemain yang berjaya beraksi de­ngan cemerlang sepanjang mu­sim tetapi kerana perkara seperti ini, anda berisiko untuk terlepas satu kejohanan yang hanya diadakan setiap empat tahun,” katanya.

Situasi berkenaan menyebabkan keseluruhan pasukan terpaksa menjalani proses isolasi, mereka tidak dapat berkumpul untuk menjalani latihan, berbincang mengenai strategi atau sesi analisis video pasukan lawan.

Bagaimanapun, Jumaat lalu kesemua pemain Sepanyol termasuk Busquet dan Llorente disahkan negatif pada ujian sari­ngan berikutnya dan mereka juga telah diberikan vaksin oleh kerajaan Sepanyol.

Biarpun berdepan masalah berkenaan, skuad Sepanyol ma­sih optimis mengenai keupayaan mereka untuk mengulangi keja­yaan yang dilakar pada 2008 dan 2012 ketika muncul juara Euro.

“Suasana di dalam kem Sepanyol ketika ini masih baik antara pemain dan staf kejurulatihan. Sebab itu saya mampu menjangkakan sesuatu yang positif dan kami akan keluar dengan memberikan aksi terbaik,” jelasnya.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI