fbpx
SWITZERLAND berjaya melakukan 18 percubaan tetapi mereka sekadar berjaya mendapatkan satu gol ketika menentang Wales kelmarin. – AFP

Petkovic berang ketumpulan penyudah Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU – Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic berang dengan ketumpulan jentera serangan pasukannya ketika seri 1-1 menentang Wales pada aksi Kumpulan A, Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku kelmarin.

Meskipun melakukan 18 percubaan dengan empat percubaan tepat, namun mereka sekadar menjaringkan satu gol menerusi penyerang Breel Embolo empat minit selepas separuh masa ke­dua bermula.

Peluang demi peluang yang disia-siakan Switzerland akhir­nya memakan diri apabila Wales berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi tandukan menarik penyerang, Kieffer Moore.

“Dalam tempoh 75 minit kami memberikan segala-galanya bagi mendapatkan kemenangan, namun ketumpulan jentera sera­ngan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang.

“Ini adalah kejohanan Eropah, tidak ada pasukan yang boleh dianggap remeh. Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan seri kerana kami berpeluang untuk dapatkan tiga mata,” kata Petkovic.

Beliau mengakui Itali adalah pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan A selepas menang 3-0 ke atas Turki pada aksi pembukaan, namun tetap yakin skuad kendaliannya mampu meneruskan saingan dengan layak ke peringkat seterusnya.

“Dari awal lagi saya tahu sai­ngan dalam kumpulan ini akan menjadi sengit. Kami ada dua lagi perlawanan selepas ini, jadi kami akan cuba untuk dapatkan kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN