fbpx

Tak berbaju, Aniq Suhair bikin netizen tak keruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ SUHAIR

RAMAI rupa-rupanya yang seperti tak keruan apabila pelakon muda meningkat naik Aniq Suhair ‘belanja’ gambar tak berbaju dalam Instagram.

Biarpun cuma berkongsi separuh sahaja bahagian badannya yang tidak berbaju, gambar tersebut telah menarik perhatian ramai dalam kalangan peminat dalam Instagram yang meninggalkan bermacam komen.

Sudahlah berbekalkan wajah yang kacak, tubuh badannya pula kekar.

Memang patutlah ramai peminatnya jadi tak senang duduk melihat gambar tersebut.

Tetapi dalam banyak-banyak komen, Diva tertarik dengan komen salah seorang pengikutnya yang meminta supaya Aniq menjaga batas supaya tidak keterlaluan apabila sudah popular nanti.

Betul juga apa yang dikatakan netizen itu.

Nasihat Diva pula, jangan nanti esok lusa keluar pula video yang bukan-bukan. Jenuh pula nak menjawabnya nanti.

DIVA: Sebenarnya terharu tengok kemurahan hati ramai selebriti tanah air yang pemurah dan berkongsi rezeki sepanjang musim PKP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI