fbpx
PARA pemain Denmark membuat pendiding ketika pasukan perubatan melakukan rawatan kecemasan ke atas Eriksen yang rebah secara tiba-tiba pada aksi Kumpulan B Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen sebentar tadi. - AFP

Gempar Eriksen rebah tiba-tiba atas padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN – Perlawanan pembukaan Kumpulan B Euro 2020 antara Denmark dan Finland bertukar tragedi selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah secara tiba-tiba pada penghujung separuh babak masa pertama.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor segera menghentikan perlawanan tersebut dan memanggil pegawai perubatan masuk ke dalam padang sebelum bantuan pernafasan (CPR) dilakukan dengan pantas.

Pada perlawanan tersebut, Eriksen dilihat cemerlang bersama pasukan Denmark dan turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke gawang pasukan Findland.

ERIKSEN (depan) beraksi cemerlang sebelum bintang Denmark itu tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri pada aksi Kumpulan B Euro 2020 sebentar tadi. – AFP

Bagaimanapun, pada minit ke-42, Eriksen dilihat tidak bermaya dan rebah secara tiba-tiba sehingga tidak sedarkan diri.

Perlawanan babak pertama itu berakhir dengan keputusan 0-0 meskipun Denmark menguasai sepanjang perlawanan ketika beraksi di Stadium Parken.

Sehingga laporan ini ditulis, keadaan Eriksen masih belum dapat dipastikan lagi kerana tiada sebarang pengesahan dilakukan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam kenyataan pada akaun twitter memaklumkan bahawa perlawanan antara Denmark dan Finlad ditunda susulan kecemasan perubatan. – AGENSI

BERITA BERKAITAN