fbpx

ACP Yahaya kini Ketua Polis Daerah Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmadi (kiri) menyempurnakan penyerahan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh kepada Yahya disaksikan Mazlan.

IPOH – Tugas Ketua Polis Daerah (IPD) Ipoh kini diterajui oleh Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan yang mengambil alih tampuk tanggungjawab tersebut daripada penyandang sebelumnya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz yang bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya.

Majlis serah terima tugas ini berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Jumaat lalu yang disaksikan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Mazlan Santarai mewakili Ketua Polis Perak.

Yahya sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Asmadi, 55, memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh pada Oktober 2019 setelah bertukar dari IPD Alor Gajah.

Sifat mudah mesra dan senang didekati menyaksikan Asmadi sangat disenangi warga IPD Ipoh termasuk pihak media dalam urusan berkaitan laporan membabitkan kes-kes jenayah dan kepolisan.

Sementara itu, Asmadi dalam hantaran menerusi WhatsApp mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan serta kejasama kepada beliau dan IPD Ipoh selama ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI