fbpx

1,290 kes penipuan panggilan dilapor kepada MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sejumlah 1,290 kes penipuan menerusi panggilan telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh antara tahun lalu sehingga Mei lepas.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, sejumlah 5,725 kes penipuan panggilan telah dilaporkan kepada mereka sepanjang tahun lalu dengan nilai kerugian sebanyak RM254,586,210.94.

“Angka berkenaan meningkat pada tahun lepas apabila sejumlah 6,003 kes telah dilaporkan dengan nilai kerugian sebanyak RM287,301,039.90.

“Sehingga 24 Mac lalu, jumlah kes penipuan panggilan yang telah dilaporkan kepada PDRM adalah sejumlah 1,392 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM38,198,730.01,” katanya.

MCMC berkata, mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala tindakan penamatan nombor talian tetap atau mudah alih akan dibuat di bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Katanya, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan panggilan yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI