fbpx

Rakam momen disuntik vaksin, Fasha saran minta izin staf KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Fasha diberi kebenaran merakamn momen ketika disuntik vaksin dipersoal segelintir netizen.

PETALING JAYA – Aktres popular Fasha Sandha menyarankan orang ramai yang ingin merakam komen ketika disuntik vaksin meminta kebenaran daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

Perkara tersebut dicadangkan pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan,37, selepas terdapat segelintir netizen mempersoalkan bagaimana dia dibenarkan membuat rakaman video ketika disuntik.

Pertikaian tersebut dibangkitkan beberapa pengguna Instagram selepas pelakon drama Scammer itu memuat naik sebuah video dalam Instagramnya ketika menerima suntikan vaksin dos pertama AstraZeneca semalam.

DALAM ruangan komen, Fasha menyarankan orang ramai meminta kebenaran staf KKM sebelum membuat rakaman video.

“Kenapa orang biasa tidak boleh mengambil gambar tetapi artis boleh pula. Kadangkala petugas barisan hadapan ini memanglah, payah hendak cakap,” komen seorang netizen dalam ruangan komen hantaran tersebut.

Menjawab persoalan ramai, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu menjelaskan, dia telah meminta izin terlebih dahulu daripada petugas KKM untuk merakam momen tersebut.

Bahkan, Fasha juga memberitahu tujuan dia merakam dan memuat naik video tersebut sebagai cara untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengambil vaksin.

“Tadi saya lihat ramai yang merakam video dan gambar, saya minta izin dan mereka benarkan. Cuba cik minta kebenaran baik-baik.

“Lagi pula, tujuan ambil gambar ini bukan hanya untuk kenangan tetapi juga sebagai memberi kesedaran pada mereka utk jangan takut pada vaksin,” balas Fasha.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu bukanlah selebriti tanah air pertama yang berkongsi foto ketika disuntik vaksin.

Sebelum ini, ramai lagi selebriti, termasuklah Mira Filzah, Elfira Loy, Aaron Aziz dan Aedil Ashraf yang pernah memuat naik foto ketika menerima suntikan vaksin dos pertama baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI