fbpx

Insiden pelanggan guna nama Allah diserang masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menyaksikan pelanggan tersebut diserang penghantar makanan, semalam.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan masih melakukan siasatan lanjut berhubung pergaduhan melibatkan sensitiviti keagamaan antara penghantar makanan dan seorang pelanggan di Sungai Way, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini insiden itu masih dalam proses siasatan.

“Kita (polis) akan maklum sekiranya ada tangkapan baharu atau subjek (pelaku) yang kita kehendaki yang boleh membantu siasatan kes.

“Tangkapan (mereka) yang terlibat juga masih dalam tahanan reman. Mereka akan ditahan selama dua hari (sehingga esok) bagi membantu siasatan,” ujarnya ringkas kepada media hari ini.

Terdahulu, seramai enam lelaki warga tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan melibatkan sensitiviti keagamaan di Sungai Way.

Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang pelanggan telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti umat Islam ketika membuat pesanan kepada penghantar makanan yang beragama Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI