fbpx

Ikan lumba-lumba 250kg mati terdampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai ikan lumba-lumba tersebut terdampar di pantai.

MELAKA – Seekor ikan lumba-lumba putih atau nama saintifiknya Sousa Chinensis seberat 250 kilogram ditemui mati terdampar dengan kesan kecederaan di kepala di Pantai Puteri, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Fauzi Solehon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada Ketua Jaringan Nelayan Pantai Rombang, Azmi Leman kira-kira pukul 4.30 petang.

“Sebaik sahaja menerima laporan, seramai enam pegawai daripada Jabatan Perikanan Melaka telah bergerak ke lokasi untuk memeriksa dan menyiasat serta menguruskan bangkai ikan lumba-lumba tersebut.

“Dalam pemeriksaan, kita menjumpai kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai menjadi punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kesan kecederaan itu berkemungkinan berpunca akibat tersangkut pada jaring nelayan.

“Selat Melaka merupakan laluan populasi Ikan lumba-lumba ini. Mamalia laut ini boleh dilihat dan berada sehingga lima batu nautika secara berkumpulan antara lima hingga 20 ekor dari pantai.

“Jangka hayat ikan ini sehingga 30 tahun bergantung kepada spesis. Namun, ikan sepanjang 2.55 meter ini mungkin mati disebabkan kecederaan kerana tersangkut pada jaring nelayan,” katanya.

Tambahnya, ikan lumba-lumba merupakan spesies terancam dan dilindungi dibawah Akta Perikanan 1985 di mana ia tidak boleh ditangkap dan diganggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI