fbpx

PU Riz pula hadiahkan RM300 buat pelajar 5A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU RIZ menawarkan hadiah RM300 buat setiap pelajar SPM 2020 yang mendapat sekurang-kurang 5A ke atas.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas juga selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan peperiksaan.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM dan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa yang saya cuba hendak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan perolehi kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya.

Dalam pada itu, suami kepada Neelofa itu menjemput kesemua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram miliknya @hrisbismail pada pukul 1 tengah hari, esok.

“Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM.

“Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula,” katanya.

Selain PU Riz, seorang lagi selebriti iaitu Wawa Zainal turut memberi apresiasi kepada lepasan SPM apabila menawarkan wang RM200 kepada yang mendapat keputusan minimum 7A.

Kelmarin, permaisuri hatinya, Neelofa turut membuat sumbangan 15 buah katil elektronik berharga hampir RM100,000 kepada Hospital Melaka bagi kegunaan pesakit Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI