fbpx

PTPTN-Binary University bantu pelajar B40, M40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Binary University telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meringankan beban kewangan pelajar ke arah memperkasa pendidikan tinggi negara.

Menerusi kerjasama itu, pelajar B40 dan M40 akan menerima subsidi yuran pengajian dan mendapat kemudahan pinjaman PTPTN apabila melanjutkan pengajian di universiti tersebut bagi kemasukan 2021/2022.

Subsidi yuran pengajian diberikan oleh Binary University melalui Geran Pendidikan Prihatin (GPP) MyBinary-PTPTN dengan peruntukan RM205 juta secara sekali beri (one-off).

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, subsidi yuran menerusi GPP MyBinary-PTPTN itu menunjukkan keprihatinan pihaknya dalam menyokong usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya harap para pelajar akan memohon untuk mendapatkan subsidi yuran ini.

“Peruntukan ini mencerminkan keprihatinan PTPTN dan Binary University dalam menyokong usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peruntukan di bawah GPP MyBinary-PTPTN, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti pengajian foundation akan menikmati subsidi sebanyak RM54,600 bagi empat tahun pengajian termasuk peringkat ijazah sarjana muda.

Bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda pula akan menikmati subsidi sebanyak RM40,950 bagi tiga tahun pengajian.

Sementara itu, Pengasas Binary University, Prof. Tan Sri Joseph Adaikalam berkata, pihaknya memberi beberapa kelebihan yang amat penting untuk keboleh pasaran graduan universiti yang menggunakan tiga ekosistem yang amat unik.

Katanya, semua pelajar Binary antaranya akan dilengkapkan dengan kemahiran industri spesifik untuk menjadi ‘industry specialist professionals’ (ISP) atau graduan ISP serta ciri keusahawanan.

Pelajar B40 dan M40 lepasan SPM yang berminat untuk memohon GPP MyBinary-PTPTN boleh layari laman web www.binary.edu.my/gpp. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI