fbpx

PPV mega MIECC, Seri Kembangan beroperasi Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dibuka di Lembah Klang iaitu di Pusat  Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, PPV mega itu akan mula beroperasi Isnin ini.

Menurutnya, pembukaan PPV itu penting dalam usaha menyegerakan Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Jumlah janji temu hari pertama untuk MIECC dihadkan kepada 4,900 orang daripada kapasiti penuh iaitu 8,000 orang.

“Jumlah ini akan ditambah secara berperingkat dalam masa terdekat dan janji temu di PPV MIECC akan bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI