fbpx

Pemandu e-hailing disamun penumpang RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berdepan detik mencemaskan apabila disamun dua penumpangnya menggunakan pisau ketika menurunkan mereka di Taman Jasmin, Kajang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, berdasarkan laporan yang dibuat mangsa pada pukul 12.46 tengah malam, dia disamun ketika mahu mengambil bayaran tambang daripada suspek.

“Ketika mangsa menoleh ke belakang dan mengambil tambang, suspek telah mengacukan sebilah pisau menyebabkan mangsa ketakutan lalu menyerahkan wang tunai sebanyak RM20 dan sebuah telefon bimbit.

“Mangsa yang berusia 47 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang kurang 12 jam selepas kejadian berlaku.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah, dan enam rekod berkaitan jenayah,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang berumur 23 dan 25 tahun itu direman sehingga 15 Jun ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI