fbpx

Netizen tunggu Mamu komen IG Azira Shafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan netizen sentiasa memantau perkemgan dalam Instagram Azira Shafinaz.

“MANA Mamu? Kami tunggu komen Mamu!”

Lucu pula membaca semua komen netizen dalam setiap hantaran Instagram si cantik, Azira Shafinaz.

Rata-rata mereka sangat teruja menunggu komen selain meneka apakah emoji atau ayat yang akan ditulis oleh Mamu atau Sharnaaz Ahmad.

Mungkin keterujaan netizen disebabkan Sharnaaz kerap meninggalkan emoji hati berwarna merah dan berbalas komen dengan Azira.

Sayangnya, sehingga kini maksud emoji hati tersebut masih menjadi tanda tanya ramai. Menunggu jawapan Azira atau Sharnaaz seperti digantung tidak bertali bak kata netizen.

Sabar sahajalah, mungkin Sharnaaz mahupun Azira belum bersedia untuk berkongsi kepada umum. Jika ada perkara baik, jangan disorok lama-lama pula, ramai yang mendoakan untuk anda berdua.

MIZZ LAHAR: Ramai tegur foto Janna Nick memakai baju-T putih yang menampakkan bahagian perut. Maafkanlah Janna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI