fbpx
Anggota polis sedang menjalankan pemantauan patuh SOP di sebuah pasar di Kota Bharu semalam. - FOTO: IHSAN POLIS

12 kompaun tidak patuh SOP dikeluarkan di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Sebanyak 12 kompaun kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan sepanjang 10 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat kes melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada tempat awam.

Katanya, bagi kesalahan itu, setiap individu telah dikompaun sebanyak RM1,500 ketika polis menjalankan pemantauan di bandar Kota Bharu, Kampung Badang dan Pengkalan Chepa.

“Empat lagi kompaun dikeluarkan kepada individu yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam.

“Polis turut mengesan tiga individu tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak mencatat butiran pada buku pendaftaran ketika hadir di beberapa buah premis,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Abdul Rahim berkata, selain itu, sebuah premis yang menjalankan operasi perniagaan melebihi masa yany ditetapkan turut dikompaun RM2,000.

Katanya, semua kompaun yang dikeluarkan adalah muktamad dan mereka boleh berurusan dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) untuk butiran lanjut. – K! ONLINE

POPULAR