fbpx

Shafie selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan berwarna hitam yang membawanya dilihat keluar dari pekarangan Istana melalui Pintu 2 pada pukul 4.21 petang tadi.

Presiden Warisan itu yang tiba di Istana Negara pada pukul 3 petang tadi adalah pemimpin parti politik keempat yang menghadap baginda hari ini.

Terdahulu, tiga pemimpin parti politik hadir menghadap baginda hari ini iaitu Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Seong dan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI