fbpx

Carte D’Or rangkaian aiskrim mewah dari Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu perisa aiskrim mewah yang akan berada di pasaran mulai Ogos ini.

PETALING JAYA – Unilever Malaysia memperkenalkan aiskrim premium Wall’s Malaysia dengan rangkaian  terbaharu Carte D’Or, jenama manisan berkualiti dari Perancis.

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Kumpulan, Shiv Sahgal berkata, rangkaian aiskrim baharu itu menawarkan empat perisa istimewa iaitu Dark Chocolate Truffles diperbuat menggunakan coklat Itali premium, French Vanilla Crème Glace (vanila Madagascar), Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles (badam Australia) dan Glace à La Strawberry (potongan strawberi).

“Seleksi aiskrim premium ini dihasilkan sebagai pelengkap yang cukup sempurna untuk makan malam dan majlis keraian atau anda boleh menikmati aiskrim ini dengan begitu sahaja atau menyuntik kreativiti spontan dengan mempelbagaikannya dalam hidangan manisan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Aiskrim Carte D’Or bakal berada di pasaran mulai Ogos ini di pasar raya atau di platform e-dagang yang lain

Selain itu, Carte D’Or juga telah menjalin kerjasama dengan kafe manisan ternama, Xiao By Crustz, untuk memperkenalkan manisan edisi terhad menggunakan aiskrim Carte D’Or yang mewah.

Terdapat empat manisan istimewa yang dihasilkan daripada empat perisa aiskrim Carte D’Or yang berbeza iaitu Chocolate Ice Cream Macaroon, Vanilla Mango Ice Cream Dome, Caramel Ice Cream Choux dan Strawberry Ice Cream Pistachio Cake.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI