fbpx

Tidak sempat punggah 250 karton rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rokok seludup tidak bercukai yang dirampas PPM Wilayah Dua dalam serbuan di Jalan Seni Lorong 1, Senai, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berputih mata apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda miliknya beserta 250 karton rokok seludup bernilai lebih RM37,500 dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam satu serbuan Op Kontraban di Jalan Seni Lorong 1 Senai, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan Kira-kira pukul 8 malam.

Beliau berkata, atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota dari PPM Wilayah Dua membuat pemantauan berterusan selama 48 jam di lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemantauan, ternampak seorang lelaki dewasa sedang memunggah sejumlah kotak berwarna coklat di bahagian belakang kenderaan miliknya.

“Dalam serbuan itu, PPM Wilayah Dua telah berjaya merampas 250 karton rokok seludup yang disyaki tidak bercukai dengan anggaran nilai barangan RM37,500. Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Ford Ranger.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan dalam operasi ini termasuk pacuan empat roda itu berjumlah RM107,500,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI