fbpx

Malaysia dialukan sertai temasya Olimpik di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia sentiasa dialu-alukan menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementerian  telah menerima pengesahan secara peribadi daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi dan juga Wisma Putra mengenai isu sekatan Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Oka Hiroshi yang sentiasa memberikan perkembangan terkini serta turut membantu mengesahkan bahawa Malaysia sentiasa dialu-alukan untuk menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Ia berikutan susulan daripada kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Toshiro Muto serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menafikan laporan bahawa 10 negara termasuk Malaysia akan disekat daripada menyertai temasya itu bulan depan.

Semalam dilaporkan kerajaan Jepun telah mengeluarkan pekeliling kepada jawatankuasa penganjur agar menyekat kemasukan 10 negara yang sedang mengalami lonjakan kes Covid-19. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI