fbpx
HALAMAN yang berkaitan penipuan di Facebook telah dialih keluar Meta. - AFP

Meta sekat lebih 3.7 juta akaun ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Syarikat gergasi media sosial, Meta telah menyekat lebih daripada 3.7 juta akaun, halaman, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penipuan (scam)  tahun ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh polis Singapura, kata syarikat itu.

Syarikat itu menyatakan bahawa Pasukan Polis Singapura (SPF) telah membantu penyiasat Meta ‘mengenal pasti dan memusnahkan keseluruhan ekosistem penipu’ menerusi kerjasama perkongsian maklumat yang telah dijalankan sejak dua tahun lalu.

Antara bulan Januari dan Jun, Meta telah mengalih keluar lebih daripada 113,000 entiti dan halaman yang berkaitan dengan penipuan di Facebook dan Instagram, kata eksekutif syarikat semasa sesi taklimat media.

Pada bulan Jun, Meta menyatakan bahawa ia telah menyekat lebih daripada 33,600 entiti dan halaman yang dikaitkan dengan penipu yang cuba mengambil kesempatan daripada cuti sekolah yang bakal tiba, di mana keluarga berpusu-pusu melayari laman web pelancongan untuk mencari tawaran menarik.

Manakala pada bulan Julai, Meta mengambil tindakan terhadap lebih daripada 3.6 juta entiti dan halaman. 

Sebahagian besar daripadanya merupakan ‘halaman kosong’, iaitu halaman yang tidak mempunyai kandungan dan tidak aktif digunakan, tetapi masih boleh diperolehi oleh penipu untuk aktiviti mereka pada masa hadapan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN