fbpx

Darurat tidak perlu dilanjutkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita di pintu pagar Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan darurat tidak diperlukan untuk menangani penularan wabak Covid-19 dalam perbincangannya bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan, beliau merayu kepada Al-Sultan Abdullah untuk tidak meneruskan Proklamasi Darurat.

Beliau berkata, pengurusan darurat bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara, malah ia juga tidak membantu menangani permasalahan Covid-19 serta menjejaskan ekonomi terutama rakyat peringkat bawahan.

“Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat, jadi saya merayu kepada Seri Paduka Baginda menghalangnya dilanjutkan walaupun Tuanku jelas mengatakan patuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di Pagar 2 Istana Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, tidak timbul soal tentang pembentukan kerajaan baharu dalam pertemuan tersebut.

“Buat masa sekarang, soal itu tidak dibangkitkan langsung,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat beredar meninggalkan Istana Negara sekitar pukul 11.54 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI