fbpx

Netizen kecam Ryzal Ibrahim gunakan Maryam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryzal dan Maryam

PETALING JAYA – Netizen menentang sekeras-kerasnya perbuatan YouTuber terkenal, Ryzal Ibrahim yang mendedahkan perkara peribadi di InstaStory miliknya berkaitan hasrat isterinya, Maryam Younarae, yang mahu membunuh diri.

Tindakan pasangan YouTuber Durian Kimchi itu menjadi tular di laman Twitter selain mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Menurut ciapan dimuat naik @Ari757, kenyataan dibuat Ryzal menyatakan Maryam sering berfikir untuk membunuh diri merupakan jalan penyelesaian jika ada masalah adalah tidak bersesuaian.

Tangkap layar Instastory dimuat naik Ryzal yang mendapat kecaman netizen.

Rata-rata pengguna laman Twitter amat marah dengan tindakan yang dibuat oleh Ryzal kerana tindakannya itu seolah-olah hanya mahu menarik perhatian pengguna media sosial.

“Saya rasa Ryzal tidak sepatutnya mendedahkan perkara peribadi di media sosial. Isterinya murung dan mahu bunuh diri itu adalah perkara peribadi dan netizen tidak perlu tahu perkara itu.

“Kenapa perlu buat Maryam seperti itu? Berhentilah gunakan dia hanya untuk meraih perhatian orang ramai. Kesian Maryam,” ciapnya.

Menurut seorang pengguna lain, @ezypepper, berkata, Maryam berhak memiliki kehidupan yang lebih baik.

“Maryam berhak kenal orang yang lebih baik. Saya ingatkan setelah isu yang lepas berlalu, Ryzal sudah insaf. Tetapi, isu yang lain pula timbul. Ryzal fikir netizen akan kesian dengan perkara ini?” ujarnya.

“Zaman sekarang ini, dek kerana terlalu fikirkan pengikut di media sosial, terkenal dan sebagainya sanggup aibkan diri sendiri hanya untuk dikenali ramai. Kesan terhadap keluarga pada masa akan datang tidak pernah difikir,” ciap @irissophia14 di laman Twitter. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI