fbpx

MOM tolak penangguhan penganjuran Sukan SEA Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Norza menghantar surat untuk mengesahkan minat mereka kepada SEAGF ber­kenaan penganjuran Sukan SEA yang kali terakhir di Malaysia pada tahun 2017.

BERIKUTAN kembimbangan kes jangkitan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, penganjur kejohanan Sukan SEA Hanoi, Vietnam dilihat bakal membuat keputusan untuk menangguhkan temasya sukan dwitahunan tersebut.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria mendedahkan, pasukan tuan rumah Vietnam telah menghantar surat kepada semua negara Jawatankuasa Olimpik Nasional (NOC) untuk membincangkan soal penganjuran itu.

Norza menjelaskan, tindakan Vietnam menyebabkan Persekutuan Sukan SEA akan mengadakan persidangan tergempar esok bersama 11 negara-negara terlibat bagi membincangkan soal penganjuran tersebut.

“Penganjur kejohanan iaitu Vietnam ada menulis surat kepada semua NOC untuk meminta pendapat sama ada Sukan SEA perlu ditangguhkan tahun depan atau tidak berikutan situasi tidak menentu akibat Covid-19 ketika ini.

“Persekutuan Sukan SEA akan bermesyuarat secara maya pada 2 petang, Rabu ini untuk mendapatkan pendapat semua negara. Apa yang saya boleh katakan ketika ini, Malaysia menolak cadangan tuan rumah untuk menangguhkan sukan tersebut pada tahun depan.

“Kita kena faham, tahun depan terdapat kira-kira empat atau lima temasya sukan seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan banyak lagi. Jika diheret ke tahun depan, atlet kita akan berdepan jadual padat dan temasya sukan yang terlalu banyak. 

“Atlet kita juga telah melakukan persediaan dan setakat ini kita berasa keberangkalian agak susah untuk kita bersetuju menangguhkan temasya tersebut tahun depan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebanyak 40 jenis sukan dengan membabitkan kira-kira 520 acara dipertandingkan di Hanoi dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan di Vietnam.

Bagaimanapun, difahamkan Vietnam dilihat tidak berupaya melakukan persiapan berikutan kekangan akibat Covid-19 di negara tersebut sekali gus berdepan masalah untuk melakukan persediaan untuk menganjurkan temasya edisi ke-31 tersebut tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI