fbpx

KeTSA sedia RM179,426 bantu 10 zoo, pameran tetap terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) meluluskan dana segera berjumlah RM179,426 kepada 10 premis zoo dan pameran tetap (ZPT) yang terjejas teruk dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).3.0 penuh ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, dana itu adalah peruntukan awal di bawah Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar yang disediakan oleh Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Beliau berkata, kementerian prihatin kepada ZPT yang terjejas ketika ini selain ketiadaan sumber pendapatan akibat daripada tiada kutipan tiket masuk.

“ZPT juga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuk bagi menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pengurusan husbandri.

“Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar pada kali ini adalah berdasarkan permohonan bagi keperluan segera oleh 10 premis ZPT berkenaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ketika PKP pada tahun lalu, sejumlah RM3.9 juta peruntukan daripada kerajaan dan RM500,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di berjaya disalurkan kepada 25 ZPT yang terjejas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI