fbpx

Tiga sahabat disyaki mahu bersiar-siar dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Cubaan tiga sahabat cuba berpatah balik selepas menyedari terdapat snap check pasukan petugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kilometer 17, Jalan Bahau Kemayan di sini hari ini gagal dan mereka dikompaun RM2,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ketika kejadian, dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun itu dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Air Hitam menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, pemandu kereta cuba berpatah balik, namun tindakan pantas anggota Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menahan mereka.

“Ketika ditanya tiada jawapan yang betul, sekejap beli barang, tetapi barang tiada, sekejap pergi hospital, namun tiada bukti. Berkemungkinan mereka hanya mahu bersiar-siar.

“Kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI