fbpx

Terpesona tengok tarian Bella Astilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

SEMPENA sambutan Pesta Kaamatan yang disambut masyarakat di Sabah baru-baru ini, penyanyi Bella Astilla ada memuat naik video tariannya mempersembahkan beberapa tarian kebudayaan etnik masyarakat negeri asal kelahirannya.

Lengkap berpakaian masyarakat suku etnik Kadazan, Bella mempamerkan bakat terpendamnya mempersembahkan tarian Sumazau, Sazau, Anggalang (Murut), Rambai, Mengiluk, Daling-Daling, Limbai dan Sumundai (Rungus).

Diva tengok pun rasa terhibur. Tak sangka rupa-rupanya Bella sehebat penari profesional. Rata-rata pengikut isteri kepada Alif Aziz dalam Instagram pun turut memuji kelembutan dan kesempurnaan gerak tari yang dipersembahkan Bella.

Bahkan, Bella turut dipuji kerana tidak pernah melupakan asal usulnya sebagai anak jati Negeri Di Bawah Bayu.

Untunglah Alif! Bukan sahaja dapat isteri cantik, pandai menari pula. Jaga isteri elok-elok ya Alif.

DIVA: Bertuah Janna Nick apabila dihadiahkan sebuah skuter merah oleh kekasih sempena hari jadi baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI