fbpx
Edy Syu'aib (kanan) didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melastik sebiji bola besi ke arah kereta bekas isterinya, minggu lalu.

Mengaku salah lastik kereta bekas isteri selepas berebut anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai makan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melastik sebiji bola besi ke arah kereta bekas isterinya, minggu lalu.

Tertuduh, Edy Syu’aib Mohd. Suhaimi, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan melastik sebiji bola besi ke arah kereta jenis Kia Rio milik bekas isterinya yang berusia 36 tahun.

Perbuatan itu menyebabkan cermin belakang sebelah kanan penumpang berlubang dan retak sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM200.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di hadapan Sekolah Kebangsaan Tapang di sini, kira-kira pukul 7.30 petang pada 30 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran selain demi menjaga kepentingan awam.

Roshayati dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan dikenakan terhadap anak guamnya kerana perbuatan itu dilakukan selepas tertuduh dihalang untuk bertemu empat orang anaknya.

“Sebelum kejadian, berlaku sedikit pertelingkahan antara mereka apabila bekas isteri tidak membenarkan tertuduh bertemu anak-anaknya.

“Selain itu, tertuduh merupakan seorang peniaga yang membuka kedai makan bersama ibunya. Dia juga menghidap penyakit migrain yang teruk dan sering mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, seorang peniaga bertindak melastik cermin kereta yang dinaiki wanita itu bersama tiga anak mereka dengan bebola besi.

Lastik yang dilepaskan dengan suatu alat oleh lelaki itu bagaimanapun terkena pada cermin sisi belakang kanan kereta mangsa jenis Kia Rio. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN