fbpx
Dua buah kereta Mercedes-Benz terbakar dalam satu kejadian di Taman Cemerlang, Kuala Pilah pagi tadi.- Foto IHSAN BOMBA

Dua kereta Mercedes-Benz musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Dua buah kereta jenis Mercedes-Benz musnah terbakar kira-kira 90 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Taman Cemerlang di sini pagi tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 9.09 pagi.

Menurut Ketua Balainya, Eva Saifun Kamuni, sebaik tiba, pihaknya mendapati, kebakaran membabitkan sebuah stor penyimpanan barang dan parkir kereta berbumbung.

“Turut terbakar dua buah kereta Mercedes-Benz. Stor dan parkir berbumbung ini dimiliki pemilik rumah iaitu seorang lelaki berusia 50-an,” katanya ketika dihubungi.

Eva berkata, dalam kebakaran itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih lagi dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN