fbpx

Akaun Twitter disekat kerana terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Venable mendakwa akaun Twitter miliknya disekat kerana aduan oleh beberapa pengguna lain yang cemburu dengan kecantikannya. - Knewz

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang model dari Florida, Amerika Syarikat mendakwa akaun Twitter miliknya disekat kerana aduan pengguna lain yang cemburu dengan kecantikannya, lapor portal Knewz kelmarin.

Susulan sekatan itu, model tersebut, Whitney Paige Venable kehilangan lebih 100,000 pengikut di Twitter dan berasakan bahawa dia didiskriminasi netizen kerana menjadi seorang wanita cantik.

“Saya dikenakan sekatan hanya kerana menggunakan Twitter untuk menulis komen-komen mengenai rancangan televisyen atau berkongsi gambar dari akaun Instagram,” ujarnya.

Tambah Venable, sekatan itu berkemungkinan disebabkan oleh satu daripada gambar seksinya yang memaparkan dia memakai pakaian dalam serta dijadikan gambar utama profil.

“Saya ada menukar gambar utama profil yang memaparkan saya memakai pakaian dalam serta menunjukkan bentuk badan.

“Secara tiba-tiba, akaun saya disekat. Ini adalah satu diskriminasi kerana terdapat banyak lagi gambar tidak senonoh yang dimuat naik pengguna lain di Twitter,” katanya.

Disebabkan itu, Venable yakin bahawa sekatan yang dikenakan ke atas akaunnya itu adalah semata-mata kerana kecantikan wajahnya.

“Saya yakin bahawa Twitter memadam akaun saya kerana saya seorang yang menawan dan ini telah menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan pengguna lain yang tidak secantik saya.

“Mereka mungkin memberi alasan bahawa saya menggalakkan aktiviti seksual. Ini tidak adil.

“Bukan masalah saya kalau orang lain tidak secantik saya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI