fbpx

Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Candra akan menjual kambing itu di pasar haiwan. – TikTok

JAKARTA – Seorang gadis jelita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana kerana tidak kekok untuk bekerja sebagai penjual kambing di pasar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Candra Dwi Ferbiani, 21, menjadi orang tengah atau perantara perdagangan (antara penjual dan pembeli) dalam jualan haiwan ternakan.

Dia yang berasal dari Wonogiri itu mengaku bekerja sendiri dan sering menghabiskan masa lapang di rumah. 

Apa yang membanggakan adalah dia merupakan pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Indonesia dan ketika ini berada di semester ketujuh di Universiti Indraprasta, Jakarta.

Candra mula menjual kambing selepas memulakan pengajian secara online berikutan penularan Covid-19. Malah, sejak sekolah menengah lagi dia sering menemani bapanya berniaga haiwan itu di pasar.

“Saya sengaja mencari aktiviti untuk dilakukan pada masa senggang ketika kuliah berlangsung secara online,” katanya.

Sementara itu, Candra mula mendapat perhatian di media sosial selepas abangnya merakam video dirinya tanpa pengetahuannya dan memuat naik ke akaun Tiktok miliknya.

Candra menjual empat jenis kambing antaranya biri-biri, Jawa, Etawa, dan PE (Etawa Peranakan). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI