fbpx

Gadis cantik mahu jadi akauntan berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliya

Memiliki rupa paras cantik, senyuman menawan dan bijak, bonus buat gadis Pesona Ahad, minggu ini.

Ain A­liya Badaruddin, 18, atau lebih mesra dipanggil Aliya kini merupakan pelajar jurusan Dip­loma Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, Perak.

Dia yang bercita-cita mahu mengikut jejak langkah bapanya menjadi akauntan berjaya ber­azam untuk mendapat anugerah dekan setiap semester.

Aliya yang meraih 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk belajar bagi mendapatkan Anugerah Naib Canselor (ANC).

Segalanya dilakukan demi membanggakan kedua-dua ibu bapanya selain mengikuti jejak langkah kakaknya yang kini meneruskan pengajian di University of Jordan.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, Aliya yang gemar melukis dan membaca novel berkongsi sasarannya dan kerjaya yang dilakukan kini.

Kosmo! Ahad: Mengapa mahu dapat anugerah dekan setiap semester?
Aliya: Pertama sekali, saya mahu ibu dan bapa bangga de­ngan kejayaan yang dikecapi selain tidak mahu membebankan mereka menanggung pengajian saya. Ini juga peluang untuk dapatkan biasiswa.
Kedua, saya perlu menempatkan diri dalam kelompok 500 pelajar terbaik sekali gus berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Perakaunan di UiTM Puncak Alam, sama seperti kakak.

Kongsi tip menjadi seorang pelajar yang cemerlang?
Jangan malu bertanya jika tidak faham, kelak anda rugi dan sentiasa pandai cari kawan yang selalu ajak kita belajar bersama.

Aliya juga buat reviu produk, adakah serius dalam bidang ini?
Saya sangat suka bergaya dan ambil gambar. Semuanya bermula dengan suka-suka di Twitter tahun lalu semasa pandemik.
Produk pertama yang saya reviu tudung keluaran @guzel.kl dan antara jenama produk
besar ialah Hijabistahub, Shawlpublika, Geeta.my dan Kamelia­cosmetics.
Saya seronok dapat bantu rakan-rakan memajukan bisnes mereka di Instagram. Ini juga cara saya dapat beli barangan yang diinginkan dengan duit sendiri.

Apa yang perlu ada pada seorang instafamous?
Bijak, pandai bercakap, memahami dan mengetahui mengenai produk yang dipromosikan.
Jika ia produk kecantikan, saya akan terangkan mengenai bahan yang digunakan. Malah saya akan lakukan testimoni dahulu untuk pastikan ia berkesan atau sebaliknya, kerana perkara ini penting kerana tidak mahu menganiaya orang yang mahu mencari solusi masalah mereka.

Pernah ditipu pemilik produk?
Ada satu kes di mana penjual ‘lari’ selepas saya selesai promosikan produknya di media sosial. Saya tanya mengenai bayaran dan mereka diam seribu bahasa.
Disebabkan itu, saya akan meminta bayaran sebelum mula mempromosikan produk mereka, seperti bayar separuh dari harga yang dipersetujui.

Bidang yang Aliya minati dan kenapa?
Saya mahu ceburi bidang pe­ragaan tapi belum ada peluang.
Saya suka berangan seorang diri dalam bilik dan terinspirasi dengan model-model Melayu yang buat part time modelling sambil belajar tetapi masih dapat keputusan yang cemerlang.

Ciri-ciri lelaki impian Aliya?
Seorang yang penyabar, tidak panas baran dan me­nyayangi keluarganya.

Kes positif makin naik, saranan Aliya?
Punca utama kes Co­vid-19 semakin meningkat ialah apabila orang ramai merasakan kita sudah bebas dari virus itu, sentiasa patuhi SOP, jaga jarak. Jika anda tidak memikirkan tentang diri sendiri tolong fikirkan keluarga di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI