fbpx
Memasak adalah bahasa cinta Qhaisah kepada orang tersayang.

Qhaisha ke gim 4 kali seminggu, ‘health is wealth’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUGAS seorang pempengaruh atau ‘influencer’ bukan sekadar mempamerkan wajah cantik dengan kehidupan sempurna, tetapi memainkan pelbagai peranan bagi memberi inspirasi kepada pengikut ma­sing-masing.

Dalam konteks itu, gadis pilihan Pesona Ahad, Qhaisha Natasha, 26, beranggapan seorang pempengaruh itu perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan selain bijak membawa diri agar kekal relevan dalam industri diceburi.

Kepada Kosmo! Ahad, beliau berkongsi perjalanan kerjaya sebagai seorang pencipta kandungan dan perunding pelaburan selain minat mendalam terhadap bidang masakan yang disifatkan sebagai bahasa cinta kepada insan tersayang.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan tentang Qhaisha?
Qhaisha: Saya anak kelahiran Kuala Lumpur dan menerima pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan dalam bidang diploma pengurusan perniagaan. Ketika ini, saya bekerja sebagai seorang perunding pelaburan.

Bagaimana boleh menjadi influencer?
Semuanya bermula selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerja pertama sebagai model tudung. Dari situ, saya mula berjinak berkongsi pelbagai kan­dungan termasuk fesyen dan gaya kehidupan di platform media sosial. Semasa menuntut di UiTM Rembau, saya te­ruskan minat menjadi key opinion leader (Kol).
Saya lebih gemar berkongsi mengenai kesihatan dan gaya kehidupan.

Apa antara cabaran menjadi seorang influencer?
Bagi saya, antara cabaran utama ialah influencer perlu sentiasa kekal menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura selain perlu mengekalkan identiti positif. Apabila seseorang itu menjadi diri sendiri, mesej yang cuba disampaikan akan menjadi lebih ikhlas dan bermanfaat untuk ramai orang.

Qhaisah bijak membahagikan masa antara perunding pelaburan dan influencer.

Boleh kongsikan minat dalam bidang masakan?
Sebenarnya ia bermula sejak zaman universiti ketika tinggal bersama rakan-rakan. Saya mula belajar memasak dan seronok mencuba pelbagai resepi baharu. Selain itu, ibu saya juga tukang masak.
Memasak juga antara ‘bahasa cinta’ saya kepada orang tersa­yang. Jika orang suka, itu kepuasan terbesar kepada saya.

Seorang influencer perlu cantik?
Mereka seharusnya hadir dengan pakej lengkap, bukan bersandarkan kepada wajah cantik sahaja, tetapi perlu ada elemen-elemen lain yang boleh memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain. Perkara itu yang membezakan antara influencer berkualiti dengan mereka yang hanya menawarkan cantik sahaja

Apa definisi cantik bagi Qhaisha?
Cantik bukan sahaja dilihat pada sudut luaran, tetapi apabila seseorang itu ada elemen tambahan seperti ilmu pengetahuan, personaliti atau nilai diri, itu membuatkan mereka terlihat lebih unik.

Boleh kongsikan rutin penjagaan diri?
Konsisten ke gimnasium sekurang-kurangnya empat kali seminggu, ini kerana bagi saya ‘health is wealth’. Apabila kesihatan dalaman dan tubuh badan terjaga, kecantikan luaran akan terserlah dengan sendirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN