fbpx

Lagu tular: Impak Aku Budak Girl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUEKHAIZAR

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu peribahasa yang dapat diberikan terhadap seorang selebriti TikTok, Suekhaizar apabila single pertamanya sohor kini (trending) dalam media sosial.

Paling memeranjatkan,single berjudul Aku Budak Girl tersebut berjaya menduduki tangga kedua sebagai lagu paling trending dalam YouTube.

Dalam ruangan komen, lagu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang memuji dan berpendapat Aku Budak Girl sangat catchy tetapi terdapat juga netizen yang mempertikaikan kualiti vokal si penyanyi dan lagu tersebut.

Biarpun dihujani dengan 1,001 kritikan, klip muzik lirik Aku Budak Girl berjaya meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak dilancarkan pada 28 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI