fbpx

Pemaju projek pertanian tiada kelulusan EIA akan diheret ke mahmakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan projek pertanian di Sungai Raia, Ipoh yang diarahkan menghentikan operasi selepas menjadi punca kepada pencemaran sungai.

IPOH – Pemilik sebuah syarikat pemaju yang menjalankan projek pertanian di Sungai Raia di sini akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman denda sehingga RM500,000 serta penjara sekiranya didapati bersalah kerana beroperasi tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Projek tersebut terletak atas dua lot tanah iaitu PT24738 dan PT24739.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ia susulan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri setelah mengarahkan projek berkenaan dihentikan serta merta semalam.

Menurut beliau, syarikat Obor Hasil Sdn. Bhd. didapati gagal mematuhi arahan yang telah diberikan sebelum ini sehingga menimbulkan aduan awam dan mencemarkan Sungai Raia yang terletak berhampiran tapak projek itu.

“Pihak JAS telah mengadakan beberapa perbincangan dengan syarikat lebih setahun lalu di mana pihak penggerak projek masih belum mengemukakan laporan EIA sehingga kini untuk kelulusan.

“Malangnya, syarikat tersebut terus memperluaskan kawasan projek agro tani itu sehingga 40 peratus di mana kerja tanah dibuat tanpa kelulusan mana-mana agensi kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penerokaan itu juga telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius terutamanya is kelodak air di sepanjang Sungai Raia yang mengalir melalui tapak projek.

Mohd. Akmal berkata, susulan pemerikaan tersebut, penguat kuasa JAS negeri telah mengarahkan tapak itu ditutup setelah mendapat perintah larangan mengikut Seksyen 34AA Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan kerja tanpa kelulusan EIA.

Kataya, tindakan juga dikenakan mengikut Seksyen 34A(6) kerana telah menyebabkan berlakunya pencemaran besar terhadap Sungai Raia dan alur air sungai tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan, sebuah syarikat pemaju diarah menghentikan operasi dan kerja tanah membabitkan projek pertanian di Sungai Raia di sini berkuat kuasa serta merta ekoran menjadi punca pencemaran sungai di kawasan tersebut.

Arahan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak semasa pemeriksaan dalam Ops Bersepadu yang turut melibatkan pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak serta agensi-agensi berkaitan.

Projek pertanian tersebut beroperasi dengan keluasan kira-kira 247 ekar tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI