fbpx

Kasatkina ‘hantar’ Bencic pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASATKINA bakal berdepan Cirstea di pusingan ketiga selepas berjaya membenam cabaran Bencic awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pemain muda Rusia, Daria Kasatkina kembali berada pada prestasi terbaiknya selepas melakukan kejutan dengan mengatasi pemain pilihan ke-10, Belinda Bencic pada pusingan kedua Terbuka Peran­cis awal pagi semalam.

Kemenangan pemain ber­usia 24 tahun itu membawanya ke pusingan ketiga di Roland Garros selepas mudah mengatasi Bencic dengan keputusan straight-set 6-2, 6-2 dalam tempoh satu jam 16 minit.

Kasatkina sebelum ini pernah melakukan kejutan pada 2018 apabila mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama di Terbuka Perancis, namun gagal melangkah ke separuh akhir apabila tewas di tangan pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens.

“Banyak yang berubah antara musim 2018 hingga sekarang. Bagaimanapun, tahun tersebut adalah yang terbaik bagi saya dan banyak belajar dari kesilapan sebelum ini.

“Sepanjang tahun tersebut prestasi saya turun naik dan saya tidak terlalu memikirkannya. Kini saya hanya banyak menganalisis permainan dan cuba menjadi lebih matang ketika bermain,” katanya.

Hasil kemenangan tersebut, Kasatkina dijangka akan berdepan tugas berat apabila akan berdepan pemain Romania, Sorana Cirstea yang berjaya mengatasi Martian Trevisan dan juga Johanna Konta di pusingan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI