fbpx

Pemburuan ‘pesakit Su’ diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA kota memakai sut perlindungan diri dan pelitup muka tiba di Stesen Kereta Api Hankou, Wuhan untuk menaiki tren meninggalkan bandar raya itu pada 8 April 2020. – AFP

BEIJING – Saintis-saintis antarabangsa kini mencari seorang wani­ta yang dikenali dengan panggilan ‘pesakit Su’ dan dipercayai merupakan kes jangkitan pertama Covid-19 dari sebuah makmal virologi tempat bermulanya pandemik di bandar Wuhan, tengah China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Wanita berusia 61 tahun dan tinggal berdekatan Institut Virologi Wuhan (WIV) itu dikatakan mengalami gejala misteri pada November 2019, sebulan sebelum China melaporkan wabak Covid-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi perisikan Britain me­ngakui teori tersebut munasabah, manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pula mengarahkan supaya siasatan dipergiatkan.

Kajian terbaharu juga menunjukkan bahawa virus itu berkemungkinan besar telah ‘dicipta’.

 

Pesakit bernama ‘Su’ itu dikatakan tinggal kira-kira 5 kilometer dari Institut Virologi Wuhan.
– The Sun

Seorang pegawai China secara tidak sengaja mendedahkan perincian kes mengenai pesakit Su yang dikatakan individu pertama dijangkiti Covid-19.

Tangkap layar dokumen kes itu termasuk jurnal perubatan China menunjukkan Su tinggal sekitar 5 kilometer dari WIV di Jalan Zhuodaoquan.

Dia jatuh sakit dengan gejala sama seperti Covid-19 pada November 2019 dan dibawa ke Hospital Rongjun di Wuhan.

Seorang profesor biostatik di Universiti Wuhan, Yu Chuanhua memberitahu jurnal China, Health Times bahawa setakat Februari tahun lalu, pangkalan data miliknya merekodkan 47,000 kes yang disyaki dan kes yang disahkan Covid-19.

Antaranya termasuk dua wani­ta yang dirawat pada November 2019.

Namun, secara rasmi China menyatakan bahawa kes Covid-19 pertama dunia adalah pada 8 Di­sember 2019, beberapa minggu selepas Su jatuh sakit dan sebelum virus itu pertama kali dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.

Biarpun dikatakan sebagai teori konspirasi, kemungkinan pandemik itu berlaku akibat kebocoran makmal menjadi perbincangan utama sejak beberapa minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN