fbpx

Jalan mendap sepanjang 100 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendapan yang berlaku di Jalan Merbau, Kuala Selangor hari ini

KUALA SELANGOR – Mendapan jalan sepanjang 100 meter berlaku di Jalan Merbau di sini hari ini.

Pemendapan tanah sedalam 1.3 meter itu dikesan Jabatan Kerja Raya ( JKR ) daerah ini pukul 12 tengah hari tadi.

JKR Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku susulan kegagalan struktur tanah di lokasi kejadian.

Katanya, Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan susulan penutupan jalan kepada semua lalu lintas.

“Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif di persimpangan Jalan Rizab Hj. Ali – Jalan Rezab Masjid – Jalan Rizab Yaakob,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI